Sunday, 29 August 2010

daging masak dinding.~

Bahan-bahan:

1 kg daging lembu
5 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1/2 cawan cili kering
1/2 cawan santan
kicap
garam
gula
asam jawa


Cara-cara :

Langkah 1: Merebus
rebus

1. Rebus daging dengan 6 sudu kicap, setengah sudu garam dan 2cm halia yang diketuk.
*biasanya waktu merebus, rebus  daging dalam ketul besar pun boleh..tak perlu potong kecil-kecil*
2. Setelah daging empuk, toskan daging dan simpan air rebusan untuk kuah.
tos

Langkah 2 : Menggoreng

1. Potong daging yang telah ditos kepada kepingan-kepingan kecil.
2. Perap daging dengan kicap selama 10 minit.
3. Goreng dalam minyak yang panas hingga daging garing.
goreng

garing..time ni pun dah sedap meratah..hehe~

Langkah 3 : Kuah

1. Blend bawang besar,bawang putih, 3 cm halia dan cili kering dengan menggunakan air rebusan daging.
2. Tumis bahan yang telah dikisar tadi dalam minyak yang telah digunakan untuk menggoreng daging. (kalau minyak goreng tu banyak sangat, boleh ceduk sikit, ikut kesesuaian masing-masing)
3. Kacau dan biarkan sehingga masak.(indicator : warna jadi lebih gelap, dan pekat)
4. Masukkan air rebusan daging (baki daripada air rebusan yang digunakan untuk blend), sedikit air perahan asam jawa, garam, dan gula secukup rasa.
5. Biarkan isipadu kuah berkurang @ kering sedikit. Kemudian masukkan daging yang telah digoreng.
6. Masukkan santan, dan kacau kuah sehingga pekat dan kering..
*terpulang pada selera masing-masing, kalau nak berkuah, tak perlu tunggu lama, tapi resepi dendeng yang asal, biasanya kuah pekat dan kering*


this one, versi banyak kuah..the yummylicious daging masak dendeng..=)

Thursday, 19 August 2010

kuih lopes

fuuuuuuuh..mencabar ni, nak tulis resepi time puasa..hehe.tapi kuih ni memang sedap kalau makan time berbuka~

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan
1/2 sudu pewarna hijau @ santan flavour
Kelapa parut
6 sudu gula perang(replacement untuk gula melaka)
Garam
Air

Cara-cara :

1. Basuh beras  pulut, dan toskan air.
2. Masukkan serbuk pewarna hijau dan biarkan selama 30 minit.

3. Masukkan santan dan secubit garam, tanak pulut seperti biasa.
4. Setelah pulut masak, keluarkan dari periuk dan mampatkan dalam plastik sehingga jadi bentuk bulat.Sejukkan seketika dan potong setelah sejuk..

5. Golekkan dalam kelapa parut.
6. Untuk gulanya, masakkan gula perang dengan sedikit air  dengan api sederhana hingga gula larut dan menjadi pekat..(kalau nak pekat lagi, tambah kuantiti gula, and kurangkan kuantiti air)


resepi dari somewhere kat internet..*lupa dah cilok mana*..tapi i alter sket2 sesuaikan dengan keadaan..~

Wednesday, 21 July 2010

grilled salmon with cheesy cream sauce


useryna's grilled salmon with cheesy cream sauce.

Ingredients :

A.perapan fillet
2 pieces of salmon fillet
1/2 sudu serbuk lada hitam
1/2 sudu serbuk lada sulah
1/2 sudu dried parsley
1/2 sudu serbuk bawang putih
1/2 sudu serbuk cili (kasar punya)
1 cm halia, ditumbuk@cincang halus
garam secukup rasa
olive oil
-------------
B. cream sauce
1 sudu serbuk bawang putih
2 sudu cheese
1 sudu susu segar(optional)
5 sudu air bawang (blend bawang besar, amik air je)
1 sudu tepung jagung/gandum
1/2 sudu dried parsley
garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Perap filet dengan semua bahan A selama setengah jam.
*oh tipu.saya perap 15 minit je.hehe*
2. Bakar @ grill selama 20 minit..
*saya grill atas hot plate*
3. Untuk sos, masukkan semua bahan, kacau atas api yang perlahan, jika terlalu pekat, boleh tambah air.
4. Siap.

Thursday, 15 July 2010

garlic breads

Ingredients:

French baguettes (roti perancis yang panjang and keras tu)
gambar dari sini
Bawang putih @ serbuk bawang putih
Mentega@ butter

Cara-caranya:

1. Potong baguette tu kepada kepingan kecil-kecil
2. Ketuk bawang putih.
3. Sapu mentega@ butter pada permukaan baguette, dan gesek2kan bawang putih yang dah diketuk tadi tu pada permukaan baguette tersebut. Jika menggunakan serbuk bawang putih, simply tabur je serbuk tu atas permukaan yang dah disapu mentega tadi.
4. Bakar atas pan panas@ masuk dalam oven 5 minit.
5. Sesuai untuk dimakan dengan mushroom soup..~



mushroom soup..

homemade mushroom soup..~


Ingredients (for 2 persons):

4-5 biji cendawan butang fresh
Air rebusan ayam  ~500ml
Lada sulah
Lada hitam
Garam
10 sudu tepung gandum
Semangkuk air

Procedures:

1. Rebus ayam dulu, untuk dapatkan air rebusan ayam.
2. Potong cendawan butang kecil-kecil..(cincang pun boleh)
3. Masakkan cendawan dalam air rebusan ayam, selama 4-5 minit.
4. Masukkan 2sudu serbuk lada sulah, setengah sudu serbuk lada hitam, dan garam secukup rasa..
5. Bancuh tepung gandum dan air dalam mangkuk, pastikan tepung tidak berketul(lenyek-lenyek dengan sudu)..
6. Masukkan bancuhan tepung ke dalam periuk tadi. Pastikan api yang digunakan adalah sederhana, untuk mengelakkan tepung berketul.
7. Kacau perlahan-perlahan sehingga sup menjadi pekat.

p/s: once sup tu dah pekat/ mendidih, alihkan dari dapur..jangan tinggal kat dapur panas tu, nanti berkerak bawah periuk..=)

Tuesday, 13 July 2010

curry puff..~

Ingredients

Inti:
Ubi kentang ~anggaran 300g (potong dadu)
like this occay?

1 biji bawang besar
Sedikit daging cincang (optional)
4 sudu serbuk kari
Daun kari (since saya takde daun kari, saya guna dried petersillie)
Garam
Minyak untuk tumis

Kulit:
2 cawan tepung gandum
3 sudu minyak masak
1/2 sudu garam
50g mentega/butter
1/2 cawan air sejuk

Procedures:

Inti.

1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dah dipotong dadu/halus sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari, daun kari, garam, gula dan sedikit air. Kacau sebati.
3. Masukkan daging cincang. Kacau sehingga daging separuh masak.
4. Masukkan kentang yang dah dipotong dadu. Tambah air sehingga kentang hampir tenggelam. Pastikan kentang digaul sekata dengan rencah kari tadi.
this one masa baru masukkan kentang tu.

5. Masak sehingga air kering (jadi pekat) dan kentang empuk. Jika kentang belum empuk, tambah air lagi, dan biarkan sehingga kering lagi..
6. Setelah masak, biarkan sejuk dahulu.
yang ni air dah kering, kentang pun dah empuk.just nice.


Kulit.

Sambil tunggu inti tu empuk, bolehlah prepare buat kulit karipap.
1. Masukkan tepung gandum, garam minyak masak dan butter(yang dipotong kecil2) dalam mangkuk uli.
mixture of flour and butter

2. Gaulkan semua bahan supaya bercampur sekata.Guna tangan je.Ramas-ramas sampai tepung tu bercampur dengan butter.
3. Bila dah semua bahan bercampur, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit, dan gaul dengan adunan tepung.
4. Uli sehingga menjadi doh. Bulatkan kecil-kecil.
setiap ketul mewakili sebiji karipap yang akan dihasilkan nanti.so, buatla ketul yang sama besar ek.

5. Uli tepung yang dah dibulatkan dengan penggelek. *saya takde penggelek, guna gelas je =)*
after being rolled


6. Letak inti ditengah-tengah, dan kelim keliling. *skill untuk kelim, kena selalu prektis untuk terer*
1. Neatly place the inti at the center.
2. Telangkupkan both sides,penyek2 hujung tu
3. Kelim dengan skill tersendiri.Lembut-lembutkan jari tu ye..heeee~


7. Goreng dalam minyak sederhana panas.


My first karipap..~

Tuesday, 8 June 2010

bread banana pudding (bengkang roti)

Ingredients

10 keping roti (boleh add-on kalau mahu)
1 tin susu sejat
2 sudu susu pekat manis
2 biji telur
1/2 cawan gula
50 g butter
2 biji pisang
1 sudu kecil esen vanilla
Chocolate flakes untuk hiasan

Procedures

1. Potong bahagian kulit roti, dan susun pada bahagian bawah loyang (mine is 18'' diameter).

*penuhkan ruang yang ada, kulit roti bertindak sebagai base*

2. Lepas dah susun kulit roti tu, buat satu lagi lapisan dengan roti yang selebihnya. Potong jika perlu.

3. At the mean time, tuang susu sejat dalam mangkuk, then campur semua telur, susu pekat manis, gula dan butter. Pukul sehingga semua bahan sebati.
4. Tuang 1/4 campuran bahan diatas pada layer roti tadi. Rata-ratakan pada seluruh lapisan.


5. Kemudian, buat lagi lapisan roti seperti tadi, dan tuang lagi 1/4 campuran.
6. Potong pisang kecil-kecil dan susun pada permukaan lapisan roti.


7.Susun lapisan roti yang terakhir di atas lapisan pisang.
8. Akhir sekali, tuang keseluruhan campuran susu. Biarkan roti dan campuran susu selama 10 minit supaya roti kembang dengan serapan susu.
9. Tabur chocolate flakes sebagai hiasan, dan bakar dalam oven pada suhu 150°C, selama 30-35 minit.

10. Boleh dihidang ketika sejuk atau panas.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

and will be heavenly eaten if serve with nutella.......