Friday 8 October 2010

beef and chicken lasagna @ lasagna daging dan ayam

useryna's beef and  chicken lasagna.. Italian food with Malay taste..hehe
Bahan-bahan (hidangan untuk dua orang) :

6 keping lasagna tanpa pra-masak  (no pre-cook lasagna)
100 g daging cincang
50 g ayam cincang
200 ml sos spaghetti (lebih kurang setengah botol)*sila scroll ke bawah untuk info*
100 ml air
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
2 sudu makan minyak masak
75 g keju mozzarella yang diparut
2-3 keping keju cheddar
75 g keju emmentaler yang diparut
Sebiji telur
Daun basil @ daun parsley kering
Garam
Gula

Langkah-langkah :

1. Didihkan air, rebuskan setiap kepingan lasagna selama 3 minit. Ketepikan.
*rebus sekeping demi sekeping untuk mengelakkan lasagna melekat di dalam periuk.( atau renjiskan minyak atas kepingan lasagna)
*walaupun saya guna no pre-cook lasagna, saya rebus juga sekejap untuk memastikan lasagna tidak keras.
*sekiranya menggunakan lasagna biasa, sila rebus lebih lama (anggaran 10 minit)
rebus dalam air yang mendidih dan toskan


2. Dalam pan, panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong halus.
bahan-bahan untuk sos

3. Setelah itu, masukkan daging dan ayam cincang.
4. Biarkan seketika sehingga masak.
5. Masukkan tomato, dan kacau.
6. Kemudian, masukkan sos spaghetti dan air, kacau sekata.

7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
8. Dalam bekas lain, campukan keju mozarella, keju emmentaler (Swiss cheese), sebiji telur dan sesudu kecil daun parsley(@daun basil). Kacau sebati.


9. Di dalam bekas (loyang @ casserole), ratakan satu lapisan sos.
*untuk memudahkan proses keluarkan lasagna dari loyang setelah dibakar nanti, sila alas loyang dengan aluminium foil..

10. Susun lasagna sehingga menutupi lapisan sos itu.
lapisan sos dan lasagna mengikut turutan
11. Ratakan lagi sekali lapisan sos, di ikuti dengan satu lagi lapisan keju. Ulang langkah 10 dan langkah 11 bagi keseluruhan lasagna dan sos .Pastikan lapisan terakhir adalah lapisan sos.

12. Pada lapisan terakhir, susun keju cheddar, dan taburkan daun parsley.

13. Tutup permukaan bekas dengan aluminium foil.
14. Bakar pada suhu 200°C selama 30 minit.
keju yang telah mencair setelah dibakar..

tadaa....siap lasagna kita..dijamin sedap..

Info untuk sos spaghetti: Saya biasanya guna jenis Napoli atau Arabiatta. 2-2 jenis ni kandungannya cuma tomato, sayur dan herba2..(bergantung pada jenama jugak!).Sos jenis bolognaise selalunya ada campuran daging/daging babi. Dan ada juga sesetengah sos ada campuran white wine.So for Muslims, please read the ingredients carefully before you buy your spaghetti sauce. Nanti dah pandai buat sos sendiri, saya letak resipi kat sini..=)

Friday 1 October 2010

apple cake @ kek epal

useryna's apple cake~

Bahan-bahan -(loaf pan 8"):
1 cawan marjerin/butter yang dicairkan
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
Sebiji buah epal
3 sudu makan kismis
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis *optional, kalau tak suka rasa rempah tak payah campur*
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160°C selama 10-15 minit.
2. Pukul gula dan telur sehingga sebati.

3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan, dan pukul lagi sehingga adunan kembang @ ringan.
proses pencairan marjerin, make sure sejukkan dulu sedikit sebelum dituang dalam adunan
4. Masukkan esen vanilla, dan pukul lagi.
5. Masukkan epal dan kismis.Kacau perlahan-lahan.
epal dikupas, dan dipotong kecil-kecil


6. Dalam bekas lain, campurkan tepung, serbuk penaik, serbuk kulit kayu manis* dan soda bikarbonat.
7. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan sebati.
adunan akan menjadi sedikit pekat

8. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega (atau dilapik dengan baking paper).

9. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil.
10. Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit.(cucuk kek dengan lidi atau pisau dan pastikan kek tidak melekat, jika perlu, tambah lagi 10 minit atau sehingga kek masak)

11.Setelah kek masak, sejukkan sedikit sebelum dikeluarkan dari loyang. Taburkan serbuk gula halus sebagai penyeri..=).
fresh from oven
berseri tak?hehe

p/s: recipe requested by nisah..sape2 nak request recipe, please let me know..boleh komen dekat chatbox..tq~