Thursday 18 November 2010

Russian Chocolate Cheesecake ( Kek Keju Coklat Russia)

Resepi asal dari sini.
Saya dah buat, dan saya tulis semula dalam ayat sendiri dan langkah-langkah bergambar.=)



Bahan-bahan :

Lapisan luar 
125g butter
125g gula
1 biji telur saiz M
250 g tepung gandum
25 g (1 sudu makan) serbuk koko
1 sudu teh baking soda

Cream filling
500 g curd cheese @ cream cheese
2 biji telur saiz M
125 g butter
125 g gula
1 sudu teh ekstrak vanilla @ juice lemon

Langkah-langkah

1. Untuk menyediakan lapisan luar (lebih kurang macam base lah ni), campurkan semua bahan untuk lapisan luar, gaul dan uli dengan tangan hingga menjadi doh.

uli sampai semua bahan sekata dan tak melekat di tangan.
2. Oleskan loyang dengan butter. Kemudian ambil 2/3 daripada doh untuk di tempek pada loyang. 1/3 lagi akan digunakan kemudian.

Lapik dengan aluminium foil sebab malas nak susah-susah membasuh nanti..hehehe



3. Bakar lapisan luar selama 10 minit dengan suuhu 150°C. Sementara itu, kita sediakan cream fillingnya.

4. Untuk filling, hanya campurkan semua bahan, dan pukul hingga sebati. 


Tak perlu pukul lama, cukup sekadar bahan sebati dan jadi creamy.

5. Tuang adunan krim dalam loyang tadi.

6. Susun adunan doh coklat (yang 1/3 tadi) di atas kek. Boleh susun ikut kreativiti sendiri. Kalau resepi asal, cuma koyak-koyakkan doh dan tempel atas kek. tapi saya buat camni..

hehe..jiwang pulak..



7. Bakar pada suhu 180°C selama 1 jam. (Selepas 20 minit dimasukkan dalam oven, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk dapatkan warna permukaan yang cantik.


Oops..ter'overbaked'...hilang dah love-love tadi..huhu


8. Sejukkan dahulu kek selama beberapa jam sebelum dikeluarkan dari loyang.

9. Boleh dihidang dengan dessert sauce untuk rasa yang lebih mengancam!..=)











Thursday 11 November 2010

Telur Bungkus

Bahan-bahan :

2 biji telur
50 g isi ayam atau daging
Sebiji carrot (nak tukar or tambah sayur lain pun boleh.takde masalah)
Setengah biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu cili kering yang dikisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk lada hitam
Minyak masak

Langkah-langkah :

1. Bawang besar dan bawang putih dipotong halus.
2. Panas kan 1 sudu minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, dan biarkan seketika hingga ayam masak.
4. Masukkan cili kisar, sos cili dan sos tiram, kacau sebati.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan carrot (nak guna sayur lain pun boleh), tutup api.

Sorry kualiti gambar kureeng sket. Kamera hp je. Tapi inilah rupa inti . *ada hijau-hijau sayur*

7. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan tambahkan garam serta serbuk lada hitam.
8. Panaskan pan, oles sedikit minyak atau mentega supaya telur tidak melekat pada pan.
9. Tuang telur dalam pan, dan buat seperti telur dadar.
buat dadar sebesar yang boleh.

10. Letak inti di tengah-tengah..dan 'bungkus' dengan telur.
letak inti
Aci la..Camni pun kira bungkus la kan.

11. Telangkupkan pan dengan sebiji pinggan. Dan sedia untuk dihidang.

Siap. Sedap.


Eh, by the way, ini special edition punya recipe, sebab encik suami yang buat. Saya jadi supervisor je kali ni.hehe.

Friday 8 October 2010

beef and chicken lasagna @ lasagna daging dan ayam

useryna's beef and  chicken lasagna.. Italian food with Malay taste..hehe
Bahan-bahan (hidangan untuk dua orang) :

6 keping lasagna tanpa pra-masak  (no pre-cook lasagna)
100 g daging cincang
50 g ayam cincang
200 ml sos spaghetti (lebih kurang setengah botol)*sila scroll ke bawah untuk info*
100 ml air
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
2 sudu makan minyak masak
75 g keju mozzarella yang diparut
2-3 keping keju cheddar
75 g keju emmentaler yang diparut
Sebiji telur
Daun basil @ daun parsley kering
Garam
Gula

Langkah-langkah :

1. Didihkan air, rebuskan setiap kepingan lasagna selama 3 minit. Ketepikan.
*rebus sekeping demi sekeping untuk mengelakkan lasagna melekat di dalam periuk.( atau renjiskan minyak atas kepingan lasagna)
*walaupun saya guna no pre-cook lasagna, saya rebus juga sekejap untuk memastikan lasagna tidak keras.
*sekiranya menggunakan lasagna biasa, sila rebus lebih lama (anggaran 10 minit)
rebus dalam air yang mendidih dan toskan


2. Dalam pan, panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong halus.
bahan-bahan untuk sos

3. Setelah itu, masukkan daging dan ayam cincang.
4. Biarkan seketika sehingga masak.
5. Masukkan tomato, dan kacau.
6. Kemudian, masukkan sos spaghetti dan air, kacau sekata.

7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
8. Dalam bekas lain, campukan keju mozarella, keju emmentaler (Swiss cheese), sebiji telur dan sesudu kecil daun parsley(@daun basil). Kacau sebati.


9. Di dalam bekas (loyang @ casserole), ratakan satu lapisan sos.
*untuk memudahkan proses keluarkan lasagna dari loyang setelah dibakar nanti, sila alas loyang dengan aluminium foil..

10. Susun lasagna sehingga menutupi lapisan sos itu.
lapisan sos dan lasagna mengikut turutan
11. Ratakan lagi sekali lapisan sos, di ikuti dengan satu lagi lapisan keju. Ulang langkah 10 dan langkah 11 bagi keseluruhan lasagna dan sos .Pastikan lapisan terakhir adalah lapisan sos.

12. Pada lapisan terakhir, susun keju cheddar, dan taburkan daun parsley.

13. Tutup permukaan bekas dengan aluminium foil.
14. Bakar pada suhu 200°C selama 30 minit.
keju yang telah mencair setelah dibakar..

tadaa....siap lasagna kita..dijamin sedap..

Info untuk sos spaghetti: Saya biasanya guna jenis Napoli atau Arabiatta. 2-2 jenis ni kandungannya cuma tomato, sayur dan herba2..(bergantung pada jenama jugak!).Sos jenis bolognaise selalunya ada campuran daging/daging babi. Dan ada juga sesetengah sos ada campuran white wine.So for Muslims, please read the ingredients carefully before you buy your spaghetti sauce. Nanti dah pandai buat sos sendiri, saya letak resipi kat sini..=)

Friday 1 October 2010

apple cake @ kek epal

useryna's apple cake~

Bahan-bahan -(loaf pan 8"):
1 cawan marjerin/butter yang dicairkan
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
Sebiji buah epal
3 sudu makan kismis
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis *optional, kalau tak suka rasa rempah tak payah campur*
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160°C selama 10-15 minit.
2. Pukul gula dan telur sehingga sebati.

3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan, dan pukul lagi sehingga adunan kembang @ ringan.
proses pencairan marjerin, make sure sejukkan dulu sedikit sebelum dituang dalam adunan
4. Masukkan esen vanilla, dan pukul lagi.
5. Masukkan epal dan kismis.Kacau perlahan-lahan.
epal dikupas, dan dipotong kecil-kecil


6. Dalam bekas lain, campurkan tepung, serbuk penaik, serbuk kulit kayu manis* dan soda bikarbonat.
7. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan sebati.
adunan akan menjadi sedikit pekat

8. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega (atau dilapik dengan baking paper).

9. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil.
10. Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit.(cucuk kek dengan lidi atau pisau dan pastikan kek tidak melekat, jika perlu, tambah lagi 10 minit atau sehingga kek masak)

11.Setelah kek masak, sejukkan sedikit sebelum dikeluarkan dari loyang. Taburkan serbuk gula halus sebagai penyeri..=).
fresh from oven
berseri tak?hehe

p/s: recipe requested by nisah..sape2 nak request recipe, please let me know..boleh komen dekat chatbox..tq~

Friday 24 September 2010

chocolate cheesecake


Bahan-bahan

Base :
100g @ 1/2 cawan biskut
(selalunya orang guna digestive biscuit, tapi biskut apa pun ok je sebenarnya, takde masalah pun)
2 sudu butter

Cake:
250g cheesecream
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung kastad
5 sudu gula
3 biji telur
50 ml susu segar
2 sudu serbuk coklat yang dibancuh dengan air*
5 sudu coklat masakan yang dicairkan(optional)*
1 sudu chocolate flakes (optional)*

Cara-cara

1.Hancurkan biskut, gaulkan dengan butter menggunakan tangan.
*masuk dalam plastic bag, then ketuk-ketuk manja dengan lesung=)*

2.Tuang ke dalam loyang, dan mampatkan dengan tangan (guna tapak tangan). Sejukkan dalam peti sejuk sementara kita sediakan bahan kek.
*senang jer kan?*

3.Campurkan semua bahan untuk kek kecuali yang bertanda (*). Putarkan (dengan handmixer)sehingga sebati dan menjadi bentuk krim.
*mm..abaikan sepah-sepah tu ye*

4.Masukkan serbuk coklat yang dah dibancuh dengan air, putar lagi.
5. Jika mahukan lebih rasa coklat, boleh tambah coklat masakan yang dah dicairkan secara double-boiled dan chocolate flakes, kemudian gaulkan perlahan-lahan.
*ini caranya buat double boiled (untuk yang tak tahu)*

6. Tuang adunan kek ke dalam loyang.
7. Bakar dalam oven dengan suhu 160°C selama 45 minit.(Macam biasa, panaskan dulu oven selama 10 minit sebelum masukkan loyang).
*balut dengan aluminium foil, just in case ada bocor ke apa, adunan xdelah meleleh keluar dalam oven..=)*

8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan pada suhu bilik.
9. Sejukkan kek dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
10. Boleh dihias dengan coklat masakan cair.

*ini namanya hiasan orang malas..first layer tuang and rata-ratakan coklat masakan, then second layer letak white coklat dan almond..*

*....yang penting, sedap!*

Tuesday 14 September 2010

Cara-cara membalut samosa

Atas permintaan, saya sediakan cara-cara membalut samosa langkah demi langkah, beserta gambar..~

Bahan-bahan :

Kulit popia saiz 25cm X 25 cm
Inti samosa (penyediaan inti, rujuk entri Samosa)
Tepung gandum
Air

bentangkan sekeping kulit samosa atas pinggan atau dulang

potong kepada tiga bahagian memanjang seperti dalam gambar di atas

letakkan 1-2 sudu inti di penjuru sebelah atas

lipat penjuru atas kulit (lipat menghala ke diri anda) supaya menutup inti dan menjadi bentuk seperti segitiga



pegang bucu atas samosa, dan lipat lagi, pada ketika ini, pastikan inti-inti disumbat masuk dan tidak terkeluar dari kelongsong segitiga itu


teruskan langkah yang sama, dengan mengulang lipat bucu yang paling atas

setelah 3 kali lipatan, anda akan mendapat bentuk seperti ini, kemaskan bahagian yang berlebihan dengan me'lekat'kan kulit popia menggunakan 'gam' tepung. pastikan semua bahagian(terutama bahagian bucu) dikemaskan dan disapu 'gam' supaya tidak pecah ketika menggoreng

sediakan 'gam' dengan mambancuh 3 sudu tepung gandum dan 2 sudu air, kacau sehingga pekat.