Thursday 18 November 2010

Russian Chocolate Cheesecake ( Kek Keju Coklat Russia)

Resepi asal dari sini.
Saya dah buat, dan saya tulis semula dalam ayat sendiri dan langkah-langkah bergambar.=)



Bahan-bahan :

Lapisan luar 
125g butter
125g gula
1 biji telur saiz M
250 g tepung gandum
25 g (1 sudu makan) serbuk koko
1 sudu teh baking soda

Cream filling
500 g curd cheese @ cream cheese
2 biji telur saiz M
125 g butter
125 g gula
1 sudu teh ekstrak vanilla @ juice lemon

Langkah-langkah

1. Untuk menyediakan lapisan luar (lebih kurang macam base lah ni), campurkan semua bahan untuk lapisan luar, gaul dan uli dengan tangan hingga menjadi doh.

uli sampai semua bahan sekata dan tak melekat di tangan.
2. Oleskan loyang dengan butter. Kemudian ambil 2/3 daripada doh untuk di tempek pada loyang. 1/3 lagi akan digunakan kemudian.

Lapik dengan aluminium foil sebab malas nak susah-susah membasuh nanti..hehehe



3. Bakar lapisan luar selama 10 minit dengan suuhu 150°C. Sementara itu, kita sediakan cream fillingnya.

4. Untuk filling, hanya campurkan semua bahan, dan pukul hingga sebati. 


Tak perlu pukul lama, cukup sekadar bahan sebati dan jadi creamy.

5. Tuang adunan krim dalam loyang tadi.

6. Susun adunan doh coklat (yang 1/3 tadi) di atas kek. Boleh susun ikut kreativiti sendiri. Kalau resepi asal, cuma koyak-koyakkan doh dan tempel atas kek. tapi saya buat camni..

hehe..jiwang pulak..



7. Bakar pada suhu 180°C selama 1 jam. (Selepas 20 minit dimasukkan dalam oven, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk dapatkan warna permukaan yang cantik.


Oops..ter'overbaked'...hilang dah love-love tadi..huhu


8. Sejukkan dahulu kek selama beberapa jam sebelum dikeluarkan dari loyang.

9. Boleh dihidang dengan dessert sauce untuk rasa yang lebih mengancam!..=)











Thursday 11 November 2010

Telur Bungkus

Bahan-bahan :

2 biji telur
50 g isi ayam atau daging
Sebiji carrot (nak tukar or tambah sayur lain pun boleh.takde masalah)
Setengah biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu cili kering yang dikisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk lada hitam
Minyak masak

Langkah-langkah :

1. Bawang besar dan bawang putih dipotong halus.
2. Panas kan 1 sudu minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, dan biarkan seketika hingga ayam masak.
4. Masukkan cili kisar, sos cili dan sos tiram, kacau sebati.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan carrot (nak guna sayur lain pun boleh), tutup api.

Sorry kualiti gambar kureeng sket. Kamera hp je. Tapi inilah rupa inti . *ada hijau-hijau sayur*

7. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan tambahkan garam serta serbuk lada hitam.
8. Panaskan pan, oles sedikit minyak atau mentega supaya telur tidak melekat pada pan.
9. Tuang telur dalam pan, dan buat seperti telur dadar.
buat dadar sebesar yang boleh.

10. Letak inti di tengah-tengah..dan 'bungkus' dengan telur.
letak inti
Aci la..Camni pun kira bungkus la kan.

11. Telangkupkan pan dengan sebiji pinggan. Dan sedia untuk dihidang.

Siap. Sedap.


Eh, by the way, ini special edition punya recipe, sebab encik suami yang buat. Saya jadi supervisor je kali ni.hehe.