Saturday 19 February 2011

Mee Kari


Bahan-bahan (hidangan 5 orang) :

500g mee kuning @ spaghetti
Setengah ekor ayam dipotong kecil
2 senduk serbuk kari ayam
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
3 sudu besar udang kering
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar
5 keping asam keping
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga untuk tumis
1 senduk minyak masak
1 tangkai daun kari
100 ml santan
Air
Garam

Bahan-bahan sampingan :

Fish ball /fish cake (rebus)
Tauhu (digoreng garing)
Sayur sawi (dicelur)
Taugeh (dicelur)
Telur (rebus)
Hirisan limau nipis
Hirisan cili hidup



Langkah-langkah.

1. Celur mee, dan ketepikan.(Atau rebus spaghetti jika menggunakan spaghetti).
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering.
3. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang,bunga cengkih dan daun kari hingga naik bau.
4. Masukkan bahan-bahan kisar. Biarkan seketika hingga naik bau.
5. Masukkan paste rempah kari (bancuh rempah dengan sedikit air) dan cili kering kisar. Biarkan seketika sehingga rempah garing. Pastikan sentiasa dikacau.
6. Masukkan isi ayam dan gaul hingga sekata.
7. Masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa. Tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki.
8. Biar sehingga kuah mendidih dan naik minyak.
9. Sediakan bahan-bahan sampingan.
10. Hidangkan mee didalam mangkuk bersama bahan-bahan sampingan. Tuang kuah diatasnya. Sedia untuk dimakan.=)

Peach Tiramisu


Bahan-bahan (20cm)

1 paket biskut ladyfinger
250g masccarpone (triple cream-cheese)
200ml krim putar (whipped cream)
4 sudu besar gula
2 sudu teh nescafe
Air panas
1 tin buah peach
Sedikit serbuk koko

Langkah-langkah:

1. Pukul mascarpone, krim putar dan gula sehingga kembang dan gebu.
2. Bancuh nescafe dengan secawan air panas
3. Susun biskut dalam loyang @ bekas casserole yang sesuai.
4. Renjis @sapu air nescafe pada biskut untuk melembutkannya. (Boleh juga kalau nak celup biskut dalam air nescafe, tapi kena buat cepat-cepat sebab biskut tu mudah lembik)
5. Sapu krim yang telah dipukul tadi sehingga menutupi lapisan biskut.
6. Susun hirisan buah peach di atas lapisan krim.
7. Ulang langkah 3-6 sehingga penuh bekas. Pastikan lapisan terakhir adalah lapisan krim.
8. Ratakan krim pada lapisan terakhir.
9. Tabur serbuk koko dengan menggunakan penapis teh.
10. Boleh dihias dengan lebihan buah peach.
11. Simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam atau lebih.

3-layered tiramisu

Monday 7 February 2011

mee kicap (chinese style)

Mee kicap versi yang simple dan senang sangat nak buat.

Bahan-bahan (Hidangan untuk 2 orang) :

200-300g mee kuning (macam biasa, saya guna spaghetti)
200g ayam (anggaran 4-5 ketul)
3 biji bawang putih
2 cm halia
1/2 biji bawang besar
5 sudu kicap
3 sudu sos tiram
Lada hitam
Garam
Taugeh
Cili api

Langkah-langkah :

1. Rebus ayam, bersama 1cm halia,bawang besar dan sedikit garam. Air anggaran 2 cawan (depends nak kuah banyak mana)
2. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari air rebusannya, dan gaul sedikit bersama sos tiram. Biarkan seketika.
3. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang halus sehingga garing, keluarkan bawang daripada kuali (akan ditabur di atas mee nanti).
4. Goreng ayam dengan minyak tadi. Goreng sekejap je, cukup sekadar nak garingkan bahagian luar ayam. Keluarkan ayam dan ketepikan dahulu.
5. Dalam minyak yang sama, tumis pula halia yang telah dicincang sehingga naik bau, kemudian masukkan sos tiram, kicap, dan air rebusan ayam tadi. Biarkan mendidih, tambah garam dan lada mengikut citarasa.
6. Hidang mee dan taugeh didalam pinggan, susun ayam, taburkan bawang putih goreng dan cili api (kalau suka pedas). Tuang kuah di atas mee dan sedia untuk dimakan.

Sunday 16 January 2011

mee udang

Dah lama sangat tak update resepi kan? Ini untuk lunch tadi, teringin nak makan lepas tengok gambar dari seorang kawan di Facebook.huhu. Resepi asal dari sini.


Bahan-bahan (hidangan untuk 2 orang):

400g mee kuning (saya guna spaghetti je) 
20 ekor udang saiz sederhana
Seketul ayam
5 sudu besar cili kering dikisar
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering*
1/2 cm halia*
3 biji cili api (boleh kurangkan kalau tak makan pedas)*
1 biji ubi kentang direbus dan dilenyek
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Minyak masak
Gula
Garam
Taugeh
Daun bawang
Telur rebus
Limau nipis

Langkah-langkah :

1. Rebus ayam dan udang dalam 500ml air. *Rebus ayam dahulu baru masukkan udang sebab udang tak perlu rebus lama*
2. Asingkan ayam dan udang daripada air rebusannya.

Bahan rebusan dan airnya
3.Kisar bahan-bahan bertanda (*).
4. Panaskan 2 sudu minyak masak. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kering sehingga naik bau.

5. Masukkan air rebusan, sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Didihkan.
6. Masukkan kentang rebus yang telah dilenyek untuk memekatkan kuah. Biarkan seketika di atas api sederhana.
kentang sebelum dilenyek.

7. Di dalam mangkuk atau pinggan, hidangkan mee, udang dan taugeh.
8. Tuang kuah di atas mee tersebut, tabur daun bawang sebagai hiasan.





Thursday 18 November 2010

Russian Chocolate Cheesecake ( Kek Keju Coklat Russia)

Resepi asal dari sini.
Saya dah buat, dan saya tulis semula dalam ayat sendiri dan langkah-langkah bergambar.=)



Bahan-bahan :

Lapisan luar 
125g butter
125g gula
1 biji telur saiz M
250 g tepung gandum
25 g (1 sudu makan) serbuk koko
1 sudu teh baking soda

Cream filling
500 g curd cheese @ cream cheese
2 biji telur saiz M
125 g butter
125 g gula
1 sudu teh ekstrak vanilla @ juice lemon

Langkah-langkah

1. Untuk menyediakan lapisan luar (lebih kurang macam base lah ni), campurkan semua bahan untuk lapisan luar, gaul dan uli dengan tangan hingga menjadi doh.

uli sampai semua bahan sekata dan tak melekat di tangan.
2. Oleskan loyang dengan butter. Kemudian ambil 2/3 daripada doh untuk di tempek pada loyang. 1/3 lagi akan digunakan kemudian.

Lapik dengan aluminium foil sebab malas nak susah-susah membasuh nanti..hehehe



3. Bakar lapisan luar selama 10 minit dengan suuhu 150°C. Sementara itu, kita sediakan cream fillingnya.

4. Untuk filling, hanya campurkan semua bahan, dan pukul hingga sebati. 


Tak perlu pukul lama, cukup sekadar bahan sebati dan jadi creamy.

5. Tuang adunan krim dalam loyang tadi.

6. Susun adunan doh coklat (yang 1/3 tadi) di atas kek. Boleh susun ikut kreativiti sendiri. Kalau resepi asal, cuma koyak-koyakkan doh dan tempel atas kek. tapi saya buat camni..

hehe..jiwang pulak..



7. Bakar pada suhu 180°C selama 1 jam. (Selepas 20 minit dimasukkan dalam oven, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk dapatkan warna permukaan yang cantik.


Oops..ter'overbaked'...hilang dah love-love tadi..huhu


8. Sejukkan dahulu kek selama beberapa jam sebelum dikeluarkan dari loyang.

9. Boleh dihidang dengan dessert sauce untuk rasa yang lebih mengancam!..=)











Thursday 11 November 2010

Telur Bungkus

Bahan-bahan :

2 biji telur
50 g isi ayam atau daging
Sebiji carrot (nak tukar or tambah sayur lain pun boleh.takde masalah)
Setengah biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu cili kering yang dikisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk lada hitam
Minyak masak

Langkah-langkah :

1. Bawang besar dan bawang putih dipotong halus.
2. Panas kan 1 sudu minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, dan biarkan seketika hingga ayam masak.
4. Masukkan cili kisar, sos cili dan sos tiram, kacau sebati.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan carrot (nak guna sayur lain pun boleh), tutup api.

Sorry kualiti gambar kureeng sket. Kamera hp je. Tapi inilah rupa inti . *ada hijau-hijau sayur*

7. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan tambahkan garam serta serbuk lada hitam.
8. Panaskan pan, oles sedikit minyak atau mentega supaya telur tidak melekat pada pan.
9. Tuang telur dalam pan, dan buat seperti telur dadar.
buat dadar sebesar yang boleh.

10. Letak inti di tengah-tengah..dan 'bungkus' dengan telur.
letak inti
Aci la..Camni pun kira bungkus la kan.

11. Telangkupkan pan dengan sebiji pinggan. Dan sedia untuk dihidang.

Siap. Sedap.


Eh, by the way, ini special edition punya recipe, sebab encik suami yang buat. Saya jadi supervisor je kali ni.hehe.

Friday 8 October 2010

beef and chicken lasagna @ lasagna daging dan ayam

useryna's beef and  chicken lasagna.. Italian food with Malay taste..hehe
Bahan-bahan (hidangan untuk dua orang) :

6 keping lasagna tanpa pra-masak  (no pre-cook lasagna)
100 g daging cincang
50 g ayam cincang
200 ml sos spaghetti (lebih kurang setengah botol)*sila scroll ke bawah untuk info*
100 ml air
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
2 sudu makan minyak masak
75 g keju mozzarella yang diparut
2-3 keping keju cheddar
75 g keju emmentaler yang diparut
Sebiji telur
Daun basil @ daun parsley kering
Garam
Gula

Langkah-langkah :

1. Didihkan air, rebuskan setiap kepingan lasagna selama 3 minit. Ketepikan.
*rebus sekeping demi sekeping untuk mengelakkan lasagna melekat di dalam periuk.( atau renjiskan minyak atas kepingan lasagna)
*walaupun saya guna no pre-cook lasagna, saya rebus juga sekejap untuk memastikan lasagna tidak keras.
*sekiranya menggunakan lasagna biasa, sila rebus lebih lama (anggaran 10 minit)
rebus dalam air yang mendidih dan toskan


2. Dalam pan, panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong halus.
bahan-bahan untuk sos

3. Setelah itu, masukkan daging dan ayam cincang.
4. Biarkan seketika sehingga masak.
5. Masukkan tomato, dan kacau.
6. Kemudian, masukkan sos spaghetti dan air, kacau sekata.

7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
8. Dalam bekas lain, campukan keju mozarella, keju emmentaler (Swiss cheese), sebiji telur dan sesudu kecil daun parsley(@daun basil). Kacau sebati.


9. Di dalam bekas (loyang @ casserole), ratakan satu lapisan sos.
*untuk memudahkan proses keluarkan lasagna dari loyang setelah dibakar nanti, sila alas loyang dengan aluminium foil..

10. Susun lasagna sehingga menutupi lapisan sos itu.
lapisan sos dan lasagna mengikut turutan
11. Ratakan lagi sekali lapisan sos, di ikuti dengan satu lagi lapisan keju. Ulang langkah 10 dan langkah 11 bagi keseluruhan lasagna dan sos .Pastikan lapisan terakhir adalah lapisan sos.

12. Pada lapisan terakhir, susun keju cheddar, dan taburkan daun parsley.

13. Tutup permukaan bekas dengan aluminium foil.
14. Bakar pada suhu 200°C selama 30 minit.
keju yang telah mencair setelah dibakar..

tadaa....siap lasagna kita..dijamin sedap..

Info untuk sos spaghetti: Saya biasanya guna jenis Napoli atau Arabiatta. 2-2 jenis ni kandungannya cuma tomato, sayur dan herba2..(bergantung pada jenama jugak!).Sos jenis bolognaise selalunya ada campuran daging/daging babi. Dan ada juga sesetengah sos ada campuran white wine.So for Muslims, please read the ingredients carefully before you buy your spaghetti sauce. Nanti dah pandai buat sos sendiri, saya letak resipi kat sini..=)