Monday 31 May 2010

vanilla cup cakes

This is a very basic and simple cake/cupcakes recipe....my beautiful mama taught me this recipe since I was 11..

Ingredients:

1 cawan gula halus
1 cawan butter/mentega
1 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk penaik
1 sudu esen vanilla
3 biji telur

Steps:

1. Mix butter dan gula, pukul sehingga kembang.
 butter and sugar
2. Masukkan sebiji telur, pukul lagi sehingga telur sebati dengan adunan.
3. Ulang untuk telur yang kedua dan ketiga. (Make sure masuk sebiji demi sebiji..)
4. Masukkan esen vanilla, kacau hingga sebati.
5.Masukkan serbuk penaik dan tepung gandum yang dah diayak sedikit demi sedikit.
6. Gaulkan secara kaup balik.
7. Panaskan oven 170° C, selama 10 minit.
8. Masukkan adunan ke dalam paper cup. Boleh guna piping bag atau simply use the spoon..Masukkan 3/4 daripada cup je. Sebab nanti kek akan mengembang setelah di bakar.

9. Bakar kek pada suhu 170°C selama 40 minit.
 jangan tertipu dengan warna coklat tu, ..ada chocolate cupcake dalam gambar ni..gee~

10. Setelah kek masak, sejukkan sebelum decorate kek dengan cream/icicng..~
11. Happy trying..!

samosa

INGREDIENTS

Inti (anggaran 25 bji)
 100g daging cincang
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar(potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu, dan dibuang biji)
daun bawang (potong anggaran setengah cm)
5 biji telur
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan
2 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa


Kulit
sebungkus kulit popia saiz 25 x 25 cm
3 sudu tepung gandum
1 setengah  sudu air

CARA-CARA

Inti@isinya
1. tumbuk @ blend kasar bwang merah.
2. panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
3. bancuh serbuk lada hitam dan serbuk jintan dengan sesudu air (atau ikut anggaran sendiri)
4. tumis sekali campuran lada hitam dan jintan dengan bawang tadi. (tumis kejap je, lama-lama kang dia jadi pahit)
5. masukkan daging cincang, gaul sebati dan biar daging masak.
6. masukkan telur yang telah dipukul, gaul sebati supaya telur dan daging bersatu..
7. masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.
8.tutup api, masukkan bawang besar, tomato dan daun bawang, gaul sebati..                                     


Cara-cara membalut:

1.potong kulit popia kepada 3 bahagian..(satu bahagian = 25/3 x 25 cm)
2. letak 2 sudu inti pada bahagian hujung, lipat menjadi bentuk 3 segi.
3. bancuh tepung gandum dengan air sehingga menjadi pekat, gunakan sebagai 'gam' untuk mencantumkan bahagian hujung kulit popia,
 4. goreng dalam minyak yang panas.


 Hasilnya..dapatla samosa yang super duper sedap...~

Friday 21 May 2010

chicken rice recipe -the simplest and the easiest~

Ingredients

1 ekor ayam
1 kg beras
2 biji bawang besar
4/5cm halia
5-6 biji bawang putih
1 bunjut rempah sup
cili merah/cili kering
kicap/sos tiram/madu/sos cili
daun salad, tomato dan timun

step 1 : Chicken soup
1. Rebus ayam yang dah dipotong dan dibersih dengan 1 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, 1cm halia dan sup bunjut.
2. Masuk garam secukup rasa
3. Selepas ayam masak (dah jadi sup ayam), keluarkan ayam sahaja, dan toskan.
4. Simpan kuah sup.

Step 2 : Chicken rice
1. Sukat beras dalam cup untuk pastikan 1kg = berapa cup (sebab cup dekat rumah masing2 mungkin berbeza)
2. Basuh beras dan toskan air.
3. Blend 3 ulas bawang putih dan 1 cm halia. (kalau tak nak blend boleh je potong halus/cincang)
4. Tumis bawang putih dan halia yang dah blend tadi dengan 3 sudu minyak (tumis dalam periuk nasi)
5. Bila dah naik bau, tambah 1 sudu serbuk kunyit
6. Masukkan beras dan kacau supaya bawang, halia dan kunyit sebati dengan beras.
7. Ceduk kuah sup ayam ikut sukatan beras tadi
 (eg : kalau tadi 1kg beras = 3 cup, so masukkan kuah sup tu 3 cup juga)
8. Masak nasi macam biasa (kalau tadi tumis atas dapur, sekarang boleh transfer periuk tu masuk dalam rice cooker, and masakla cam biasa)
9. Sila kacau nasi dalam rice cooker sekali sekala untuk pastikan semua part masak dengan baik.

Step 3 : Ayam
1. Perap ayam dari sup tadi(yang dah dikeluarkan dan di tos) dengan 2 biji bawang putih, 1cm halia, 3 sudu sos tiram, serta kicap dan madu sesuka hati. Boleh ikut citarasa sendiri, nak tambah black pepper and what so ever..
2.Perap 15 mins, then goreng dalam minyak yang panas.


Step 4: Kuah sambal  and kicap
1. Untuk kuah sambal, blend 1 biji bawang besar, 4 biji cili merah (nak guna cili kering yang dah direbus pun boleh), dan 2 ulas bawang putih. Untuk kuah sambal yang sangat best, sila blend dengan kuah sup instead of air biasa..
2. Tambah garam, gula dan sedikit cuka (atau air asam jawa) secukup rasa
3. Boleh juga tambah sos cili kalau nak.
4. Untuk kuah kicap, simply mix the kicap, sos tiram and kuah sup.

Step 5 : Salad, tomato and cucumber

Potong je semua.

Tadaa...chicken rice is ready...

strawberry cheesecake

Ingredients:

cheesecake
250g cheese cream..(kat germany nama dia speisequark, cheese cream yang masam)
200g plain yogurt
4 sudu besar gula halus
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil lemon (kalau strawberry dah masam takyah letak lemon juice pun takpe)

Untuk perasa strawberry:
5-6 biji strawberry, potong kecil
3sudu  gula
(masak je strawberry dengan gula atas api kecil, sampai jadi pekat, lenyek2 strawberry sampai keluar juicenye..)


 
Masak strawberry camni..


Procedure:

  1. Panas oven 170° C, for 10 mins
  2. Campur semua bahan kek, pukul sampai jadi bentuk cream..
  3. Tuang dalam loyang kek.
  4. Tapis strawberry yang dah dimasak dengan gula tadi. Simpan bakinya.Ambil juice je, and tuang random atas kek.
  5. Nak buat corak tu, guna lidi then lorek-lorekkan suka-suka hati.(pakai toothpick pun bleh)
 
See?
 6. Masak 45mins, temperature 170°C.
 7. After 30 mins, tutup kek dalam oven tu dengan aluminium foil, kalau tak, warna surface kek jadi tak   cantik.(jangan cucuk-cucuk kek dengan pisau untuk testing masak ke tak..memang cheesecake lembik)
8. Biar kek sejuk jap dalam suhu bilik, then masuk dalam peti sejuk at least 5 jam.Kalau semalaman lagi best.

 
Lepas semalaman bermalam dalam peti sejuk
9. Hidang la dengan baki strawberry yang dah masak tadi..

Tadaa...
   

         Ada iras-iras secret recipe tak?hahaha~