Friday 21 May 2010

chicken rice recipe -the simplest and the easiest~

Ingredients

1 ekor ayam
1 kg beras
2 biji bawang besar
4/5cm halia
5-6 biji bawang putih
1 bunjut rempah sup
cili merah/cili kering
kicap/sos tiram/madu/sos cili
daun salad, tomato dan timun

step 1 : Chicken soup
1. Rebus ayam yang dah dipotong dan dibersih dengan 1 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, 1cm halia dan sup bunjut.
2. Masuk garam secukup rasa
3. Selepas ayam masak (dah jadi sup ayam), keluarkan ayam sahaja, dan toskan.
4. Simpan kuah sup.

Step 2 : Chicken rice
1. Sukat beras dalam cup untuk pastikan 1kg = berapa cup (sebab cup dekat rumah masing2 mungkin berbeza)
2. Basuh beras dan toskan air.
3. Blend 3 ulas bawang putih dan 1 cm halia. (kalau tak nak blend boleh je potong halus/cincang)
4. Tumis bawang putih dan halia yang dah blend tadi dengan 3 sudu minyak (tumis dalam periuk nasi)
5. Bila dah naik bau, tambah 1 sudu serbuk kunyit
6. Masukkan beras dan kacau supaya bawang, halia dan kunyit sebati dengan beras.
7. Ceduk kuah sup ayam ikut sukatan beras tadi
 (eg : kalau tadi 1kg beras = 3 cup, so masukkan kuah sup tu 3 cup juga)
8. Masak nasi macam biasa (kalau tadi tumis atas dapur, sekarang boleh transfer periuk tu masuk dalam rice cooker, and masakla cam biasa)
9. Sila kacau nasi dalam rice cooker sekali sekala untuk pastikan semua part masak dengan baik.

Step 3 : Ayam
1. Perap ayam dari sup tadi(yang dah dikeluarkan dan di tos) dengan 2 biji bawang putih, 1cm halia, 3 sudu sos tiram, serta kicap dan madu sesuka hati. Boleh ikut citarasa sendiri, nak tambah black pepper and what so ever..
2.Perap 15 mins, then goreng dalam minyak yang panas.


Step 4: Kuah sambal  and kicap
1. Untuk kuah sambal, blend 1 biji bawang besar, 4 biji cili merah (nak guna cili kering yang dah direbus pun boleh), dan 2 ulas bawang putih. Untuk kuah sambal yang sangat best, sila blend dengan kuah sup instead of air biasa..
2. Tambah garam, gula dan sedikit cuka (atau air asam jawa) secukup rasa
3. Boleh juga tambah sos cili kalau nak.
4. Untuk kuah kicap, simply mix the kicap, sos tiram and kuah sup.

Step 5 : Salad, tomato and cucumber

Potong je semua.

Tadaa...chicken rice is ready...

No comments:

Post a Comment

Comments and critics are welcome..: