Monday 30 August 2010

Banana chocolate moist cake




Bahan-bahan (loaf pan 8" atau 20 cm):

2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan pisang yang dilenyek (anggaran 2-3 biji pisang)
1-2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara :

1. Pukul telur sehingga kembang. (anggaran 5 minit)
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga menjadi gebu.
3. Masukkan minyak masak, dan pukul lagi sehingga sebati.Masukkan juga esen vanila dan kacau sebati. Ketepikan.
4. Ayak tepung gandum, serbuk koko, dan serbuk penaik.
5. Secara berselang seli, masukkan bahan yang diayak dan pisang yang telah dilenyek ke dalam adunan yang telah dipukul. Kacau perlahan-lahan dan pastikan adunan sebati.
6. Panaskan oven pada suhu 160°C selama 5 minit.
7. Gris loyang dengan butter, dan tuang adunan ke dalam loyang.
8. Boleh tabur kepingan coklat atau badam jika mahu.
9. Bakar pada suhu 160°C selama sejam.

note: selepas 15 minit loyang dimasukkan ke dalam oven, tutup loyang dengan aluminium foil supaya permukaan kek tidak terlalu garing..
note lagi : resepi dari gabungan beberapa resepi..ubah-ubah ikut selera.=)

No comments:

Post a Comment

Comments and critics are welcome..: