Tuesday, 14 September 2010

Cara-cara membalut samosa

Atas permintaan, saya sediakan cara-cara membalut samosa langkah demi langkah, beserta gambar..~

Bahan-bahan :

Kulit popia saiz 25cm X 25 cm
Inti samosa (penyediaan inti, rujuk entri Samosa)
Tepung gandum
Air

bentangkan sekeping kulit samosa atas pinggan atau dulang

potong kepada tiga bahagian memanjang seperti dalam gambar di atas

letakkan 1-2 sudu inti di penjuru sebelah atas

lipat penjuru atas kulit (lipat menghala ke diri anda) supaya menutup inti dan menjadi bentuk seperti segitiga



pegang bucu atas samosa, dan lipat lagi, pada ketika ini, pastikan inti-inti disumbat masuk dan tidak terkeluar dari kelongsong segitiga itu


teruskan langkah yang sama, dengan mengulang lipat bucu yang paling atas

setelah 3 kali lipatan, anda akan mendapat bentuk seperti ini, kemaskan bahagian yang berlebihan dengan me'lekat'kan kulit popia menggunakan 'gam' tepung. pastikan semua bahagian(terutama bahagian bucu) dikemaskan dan disapu 'gam' supaya tidak pecah ketika menggoreng

sediakan 'gam' dengan mambancuh 3 sudu tepung gandum dan 2 sudu air, kacau sehingga pekat.





8 comments:

  1. salam .. terima kasih dengan maklumat ini, saya cari cara nak lipat samosa ... dan entry ini adalah yang paling baik tunjuukkan cara.

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam..sama2..terima kasih jugak sbb sudi jengah sini..sharing is caring..~

    ReplyDelete
  3. thanks cik writer..bru tau cara nk wat bentuk 3segi tu mcmana..:)

    ReplyDelete
  4. tq kak 4 cara2 melipat kulit samosa...now,bru sy tau cranya..blog ni amat berguna..tq skli lgi..

    ReplyDelete
  5. i haven't visit my blog for such a looong time.. tak sangka masih ada visitor. and super glad that it helped!.. hehe

    ReplyDelete
  6. Thank u for this info! It really helps! Now I know how to fold samosa and how to stick it.. Before this I used egg white but it doesnt stick. Thanks again!

    ReplyDelete
  7. Senang rupanya nak lipat.. Tkasih atas infonya ;) menu untk bbuka nanti.. Moga Allah balas :)

    ReplyDelete
  8. Wow!... Rupanya.....bukan lah susah sangat pun buat triangle tu....tqvm for the tips.

    ReplyDelete

Comments and critics are welcome..: