Monday 30 August 2010

Banana chocolate moist cake




Bahan-bahan (loaf pan 8" atau 20 cm):

2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan pisang yang dilenyek (anggaran 2-3 biji pisang)
1-2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara :

1. Pukul telur sehingga kembang. (anggaran 5 minit)
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga menjadi gebu.
3. Masukkan minyak masak, dan pukul lagi sehingga sebati.Masukkan juga esen vanila dan kacau sebati. Ketepikan.
4. Ayak tepung gandum, serbuk koko, dan serbuk penaik.
5. Secara berselang seli, masukkan bahan yang diayak dan pisang yang telah dilenyek ke dalam adunan yang telah dipukul. Kacau perlahan-lahan dan pastikan adunan sebati.
6. Panaskan oven pada suhu 160°C selama 5 minit.
7. Gris loyang dengan butter, dan tuang adunan ke dalam loyang.
8. Boleh tabur kepingan coklat atau badam jika mahu.
9. Bakar pada suhu 160°C selama sejam.

note: selepas 15 minit loyang dimasukkan ke dalam oven, tutup loyang dengan aluminium foil supaya permukaan kek tidak terlalu garing..
note lagi : resepi dari gabungan beberapa resepi..ubah-ubah ikut selera.=)

Sunday 29 August 2010

daging masak dinding.~

Bahan-bahan:

1 kg daging lembu
5 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1/2 cawan cili kering
1/2 cawan santan
kicap
garam
gula
asam jawa


Cara-cara :

Langkah 1: Merebus
rebus

1. Rebus daging dengan 6 sudu kicap, setengah sudu garam dan 2cm halia yang diketuk.
*biasanya waktu merebus, rebus  daging dalam ketul besar pun boleh..tak perlu potong kecil-kecil*
2. Setelah daging empuk, toskan daging dan simpan air rebusan untuk kuah.
tos

Langkah 2 : Menggoreng

1. Potong daging yang telah ditos kepada kepingan-kepingan kecil.
2. Perap daging dengan kicap selama 10 minit.
3. Goreng dalam minyak yang panas hingga daging garing.
goreng

garing..time ni pun dah sedap meratah..hehe~

Langkah 3 : Kuah

1. Blend bawang besar,bawang putih, 3 cm halia dan cili kering dengan menggunakan air rebusan daging.
2. Tumis bahan yang telah dikisar tadi dalam minyak yang telah digunakan untuk menggoreng daging. (kalau minyak goreng tu banyak sangat, boleh ceduk sikit, ikut kesesuaian masing-masing)
3. Kacau dan biarkan sehingga masak.(indicator : warna jadi lebih gelap, dan pekat)
4. Masukkan air rebusan daging (baki daripada air rebusan yang digunakan untuk blend), sedikit air perahan asam jawa, garam, dan gula secukup rasa.
5. Biarkan isipadu kuah berkurang @ kering sedikit. Kemudian masukkan daging yang telah digoreng.
6. Masukkan santan, dan kacau kuah sehingga pekat dan kering..
*terpulang pada selera masing-masing, kalau nak berkuah, tak perlu tunggu lama, tapi resepi dendeng yang asal, biasanya kuah pekat dan kering*


this one, versi banyak kuah..the yummylicious daging masak dendeng..=)

Thursday 19 August 2010

kuih lopes

fuuuuuuuh..mencabar ni, nak tulis resepi time puasa..hehe.tapi kuih ni memang sedap kalau makan time berbuka~

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan
1/2 sudu pewarna hijau @ santan flavour
Kelapa parut
6 sudu gula perang(replacement untuk gula melaka)
Garam
Air

Cara-cara :

1. Basuh beras  pulut, dan toskan air.
2. Masukkan serbuk pewarna hijau dan biarkan selama 30 minit.

3. Masukkan santan dan secubit garam, tanak pulut seperti biasa.
4. Setelah pulut masak, keluarkan dari periuk dan mampatkan dalam plastik sehingga jadi bentuk bulat.Sejukkan seketika dan potong setelah sejuk..

5. Golekkan dalam kelapa parut.
6. Untuk gulanya, masakkan gula perang dengan sedikit air  dengan api sederhana hingga gula larut dan menjadi pekat..(kalau nak pekat lagi, tambah kuantiti gula, and kurangkan kuantiti air)


resepi dari somewhere kat internet..*lupa dah cilok mana*..tapi i alter sket2 sesuaikan dengan keadaan..~